Tuesday 1 November 2011

Sayangi Budaya 1 Malaysia


Sebagai seorang warga Malaysia, saya sangat menyayangi Budaya Malaysia. Keharmonian yang kita kecapi di Malaysia adalah berkat usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang bersungguh-sungguh mencapai kemerdekaan dan berusaha untuk menyatupadukan penduduk di Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa serta budaya.




Rakyat 1 Malaysia mengamalkan Budaya 1 Malaysia





Kunci utama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia ialah Bahasa Malaysia dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang dituturkan oleh semua rakyat Malaysia. Tidak semua menggunakan Bahasa Melayu baku dan terdapat pelbagai dialek yang dituturkan di seluruh Malaysia. Contohnya,


























































Bahasa Melayu baku


Apa khabar?


Terima kasih


Kelantan


Apo kaba?


Trimo kaseh


Melaka


Apa kabau?


Terima kasih


Sabah


Apa khabar?


Tarima kasih


Sarawak


Apa khaba?


Trimak kasih


Negeri Sembilan


Apo koba?


Terima kasih




Rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan India pula masih bertutur dalam bahasa Cina dan Tamil dan masih merayakan perayaan masing-masing. Malah, jika orang Melayu merayakan Hari Raya Aidilfitri misalnya, semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa turut meraikan Hari Raya Aidilfitri secara besar besaran.





Sambutan Tahun Baru Cina yang turut dihadiri rakyat Malaysia berbangsa Melayu





Budaya 1 Malaysia mestilah disemai sejak di bangku sekolah rendah lagi agar pelajar-pelajar menghargai nikmat keharmonian yang kita kecapi sekarang dan seterusnya, mereka akan sama-sama menjaga budaya ini hingga mereka dewasa.









Berkawan dengan semua, tidak kira bangsa







Kita harus sedar, Malaysia bukanlah terdiri daripada 1 kaum sahaja. Sebaliknya, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India,Iban dan lain-lain. Begitu juga agama yang dianuti. Undang-undang Malaysia telah memberikan kebebasan untuk rakyatnya memilih agama mengikut kepercayaan masing-masing. Sebagai contoh ialah agama Islam, Hindu,Buddha, Kristian dan pelbagai lagi. Kerana itu, setiap daripada kita mengamalkan budaya hidup yang berbeza-beza mengikut bangsa dan agama. Dengan penerapan amalan baik dalam diri, kita dapat menghormati serta menerima budaya kaum lain tanpa timbul sebarang masalah apabila berhadapan dengan mereka. Antara contoh amalan baik yang boleh diaplikasikan ialah hormat-menghormati. Hormat menghormati boleh didefinisikan sebagai menghargai dan memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan. Sikap saling menghormati ini akan mengukuhkan lagi keharmonian dan setiap daripada kita masih dapat mengekalkan dan mengamalkan budaya masing-masing tanpa rasa takut dan segan.








Ambil berat, cakna sesama sahabat walaupun berlainan bangsa






Kita sebagai warga Malaysia harus sedar dan berusaha agar budaya Malaysia sentiasa diamalkan dan tidak mati ditelan zaman. Semuanya bermula daripada kita. walau sekecil mana pun usaha kita, asalkan ia adalah usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, inshaAllah, kita dapat pelihara budaya Malaysia dengan baik

No comments:

Post a Comment